untuk menerima kau kembali,
biarpun hanya sebagai teman,
bukan kerana aku tak sudi,

sangsi dengan hatiku sendiri,
kerna aku masih belum mampu,
untuk merubah dasar perhubungan,
yang dahulunya intim sekali,
tapi sekarang cuma teman biasa,
bukan niat aku menyindir,
apatah lagi untuk menghina,
tapi ianya ikhlas dari hati,
biarkanlah aku sendiri begini,
merawat rinduku serta lukaku sendiri,
kerna aku perlu belajar,
untuk melupakan segala kenangan,
bahkan memadamkan sisa kasih,
agar pabila satu hari nanti,
mudah bagiku untuk beurusan
apatah lagi bersua dengan dirimu,
kerna aku juga manusia,
punya hati yang telah terluka,
yang perlukan tempoh yang sesuai,
agar bila tarikh itu tiba kelak,
aku mampu melihat ke arahmu,
tanpa menitiskan walau setitis air mata.
No comments:
Post a Comment